sebenarnya ibu kandung tidak akan meminta balasan sedikit pun setiap yang mereka lakukan..cuma kita sebagai anak sebenar mereka balaslah pengorbanan ibubapa walau tidak diminta untuk melakukannya..sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih berada depan mata kita..doakanlah kesejahteraan mereka di dunia dan di alam yang nyata...amin..
Tetapi berbeza pula bila dengan ibu lain atau ibu tiri atau ibu angkat, kita tetap berbeza tak sama dengan anak-anak mereka..kerana kita bukanlah dari darah daging mereka...walaubagaimana pun, hargailah sayang yang mereka berikan...kerana mereka sudi memberikan kasih dan sayang mereka untuk kita walaupun kita bukan anak kandung mereka..
Apa-apa pun bersyukurlah kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa, lebih beruntung lagi yang mempunyai ibu lebih dari satu..ucapkan Alhamdulillah...sedarlah bahawa masih ada yang menyanyangi kamu..seronok bukan bila ada orang yang menyanyangi kita?
Dan aku pun bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang penyanyang, ayah yang memahami..terima kasih aku ucapkan kepada mereka kerana tanpa rungutan dan penat lelah mereka untuk membesarkan anak-anak sehingga dewasa begini..
Terima kasih mak..Terima kasih ayah...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Mungkin aku tidak mampu membahagiakan Ibubapaku
dengan kemewahan dan kasih sayang,
Dengan pertolongan Mu..
Perkenankanlah doaku..
Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka...
"Ya Allah..
Ampunilah aku, kedua ibu bapa ku..
Dan kasihanilah kedua ibu bapa ku
Sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil."
Aaminn Ya Rabbal Alamin
thanz for reading my blog.. =))
ReplyDelete