Friday, 11 April 2014

Kasihmu Ibu...

Kasih sayang dari ibu kandung memang tidak serupa dengan sayang dari ibu orang lain mahupun ibu tiri, ibu angkat.. Kerana sayang dari ibu kandung lebih jelas terasa keikhlasannya..sangat berbeza..semuanya jelas terpancar dari kejernihan dan keredupan mata ibu dengan pengorbanan yang mereka lakukan sepanjang membesarkan kita..segala pengorbanan ibu bapa kita dilakukan  seikhlas hati untuk anak mereka..

sebenarnya ibu kandung tidak akan meminta balasan sedikit pun setiap yang mereka lakukan..cuma kita sebagai anak sebenar mereka balaslah pengorbanan ibubapa walau tidak diminta untuk melakukannya..sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih berada depan mata kita..doakanlah kesejahteraan mereka di dunia dan di alam yang nyata...amin..

Tetapi berbeza pula bila dengan ibu lain atau ibu tiri atau ibu angkat, kita tetap berbeza tak sama dengan anak-anak mereka..kerana kita bukanlah dari darah daging mereka...walaubagaimana pun, hargailah sayang yang mereka berikan...kerana mereka sudi memberikan kasih dan sayang mereka untuk kita walaupun kita bukan anak kandung mereka..

Apa-apa pun bersyukurlah kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa, lebih beruntung lagi yang mempunyai ibu lebih dari satu..ucapkan Alhamdulillah...sedarlah bahawa masih ada yang menyanyangi kamu..seronok bukan bila ada orang yang menyanyangi kita?

Dan aku pun bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang penyanyang, ayah yang memahami..terima kasih aku ucapkan kepada mereka kerana tanpa rungutan dan penat lelah mereka untuk membesarkan anak-anak sehingga dewasa begini..

Terima kasih mak..Terima kasih ayah...



Ya Allah Ya Tuhanku, 
Mungkin aku tidak mampu membahagiakan Ibubapaku 
dengan kemewahan dan kasih sayang, 
Dengan pertolongan Mu.. 
Perkenankanlah doaku.. 
Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka... 

"Ya Allah.. 
Ampunilah aku, kedua ibu bapa ku.. 
Dan kasihanilah kedua ibu bapa ku 
Sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil." 

Aaminn Ya Rabbal Alamin

Thursday, 10 April 2014

Hari jubah ku..

Assalamualaikum...

Nak share sikit gambar masa hari jubah saya..
Officially graduate Diploma In Accounting Information System UiTM Alor Gajah Melaka...

Alhamdulillah...
Thanz to all my family members especially to my mom and dad..kalau tak kerana doa mereka mungkin saya tak sejauh ini...

















Dhia Yaya

assalamualaikum readers...

Sejak-sejak ni terasa sibuk sikit la bila da futher study ni...hehehe.kononnye lah buzy study kan..(study ke?) Hahaha...entry ni nak share story tentang anak buah aku...Nur Iffatdhia nama diberi... <excited plak tibe2>
Ni ada buah yang kedua..yela tak ada adik la katakan tu terlebih excited bila dengan baby ni..hehe..


Ni gambar masa beberapa jam selepas dilahirkan..
(Tembamnyee..geramm)

Nampak mak cu dy pegang camera saja besarkan mata ya..
Hehe.. 
(Makcu Jeles dgn mata dhia tau..)

Sukakan apa tu dhia...hehe..
Comel..


Dah lama tak jumpe yaya...rindunya..nak main dengan yaya..hehehe...



**thanz for reading**

just say okey..

Assalamualaikum...

Hye u ollz..
Entry kali ni biasa-biasa saja...
Sekadar mengisi masa terluang...

Nak share sikit poem ni..
"Sometimes you have to smile, pretend that everything's okay.. hold back the tears, and just walk away.."...

Bila baca poem ni, semangat dengan tak semenamena menjadi lebih bersemangat..
Taknak sedih-sedih lagi..yakin lah Allah S.W.T sentiasa bersama kita...(^_^)






**thanz for reading**